Latar Belakang - PPD Tanah Merah

Juang Untuk Juara | Biasakan Yang luar Biasa

Latar Belakang

Pejabat Pendidikan Daerah Tanah Merah pada awal penubuhannya dikenali sebagai Pejabat Pelajaran Daerah Tanah Merah – Machang yang telah diasaskan pada 15 September 1982 dan menguruskan pengurusan pendidikan bagi daerah Tanah Merah dan Machang. Pejabat ini terletak di Blok B, Sekolah Menengah Tanah Merah dan Pegawai Pelajaran Daerah yang pertama ialah Tuan Haji Hassan Bin Yaacob.

Pada 1 Januari 1986, Daerah Jeli telah dijadikan satu daerah baru di bawah sistem pentadbiran negeri Kelantan dan urusan pendidikan bagi daerah ini telah dimasukkan di bawah PPD ini, maka PPD telah dinamakan PPD Tanah Merah - Machang - Jeli (PPD TMMJ). Pada tahun yang sama, PPD TMMJ telah berpindah ke tempat baru iaitu di dua rumah guru berhadapan Sekolah Kebangsaan Sri Suria 2. Pada tahun 1998, PPD mendapat bangunan baru yang lebih luas dan selesa iaitu bangunan Sekolah Kebangsaan Sri Suria 1. Bangunan ini telah diubahsuai menjadi pejabat yang lebih kondusif dan teratur.

Pada 1 April 2004, apabila berlakunya penstrukturan semula PPD seluruh Kelantan, PPD TMMJ telah dipecahkan dan bergabung dengan daerah Jeli menjadi PPD Tanah Merah - Jeli. Kemudian 1 April 2008, PPD Tanah Merah telah berpisah dengan daerah Jeli apabila Jeli mempunyai PPD nya sendiri.

Pada tahun 2012, PPD Tanah Merah telah berpindah ke bangunan baru yang beralamat di Jalan Hospital, Tanah Merah dan bangunan ini amat kondusif dan memberikan keselesaan kepada semua pegawai/kakitangan PPD.

Terdapat 50 buah sekolah yang berada di bawah jagaan PPD Tanah Merah terdiri daripada 33 buah sekolah kebangsaan, 1 buah sekolah jenis Kebangsaan (Cina), 11 buah sekolah menengah, 4 buah sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) dan 1  buah kolej vokasional.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Menu