Kami Warga Pejabat Pendidikan Daerah Tanah Merah dengan penuh tekad dan iltizam, berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :
PERKHIDMATAN KAUNTER
- Memastikan petugas kaunter sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak pelanggan dengan sentiasa memberi layanan dan perkhidmatan yang mesra, cekap dan segera dari mmasa ketibaan pelanggan.
- Memastikan pelanggan sentiasa mendapat maklumat yang jelas dan tepat.
- Memastikan setiap aduan bermaklumat lengkap yang diterima dikeluarkan surat akuan terima kepada pengadu dalam tempoh 1 hari bekerja dari tarikh terima aduan dan surat jawapan hasil siasatan akan disampaikan kepada pengadu bermaklumat lengkap dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh disahkan.
- Memastikan segala pendapat, cadangan serta teguran yang membina dapat dilayan dengan segera.
PENGURUSAN SEKOLAH
- Memastikan segala maklumat terkini mengenai pendidikan dapat disebar dengan cekap dan betul.
- Memastikan pertukaran pelajar diuruskan serta-merta
- Memastikan penempatan pelajar diuruskan dalam tempoh 24 jam.
- Memastikan rayuan penempatan dan pertukaran pelajar diselesaikan dalam tempoh 1 hari bekerja
- Memastikan semua kanak-kanak mengikut umur yang ditetapkan mendapat tempat belajar pada hari pertama sesi persekolahan baru dimulakan.
- Memastikan semua murid menerima pendidikan yang berkualiti berasaskan kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
- Memastikan semua murid terlibat secara aktif dalam aktiviti anjuran KPM, JPN, PPD dan sekolah dalam usaha memperkembangkan potensi diri secara seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
- Semua program sokongan pendidikan diagih secara adil dan telus kepada pelajar yang berhak.
- Menempatkan guru-guru ke sekolah-sekolah tidak lewat dari tiga minggu setelah menerima senarai guru maktab dan unirversiti dari Kementerian Pendidikan Malaysia dan memastikan bahawa semua sekolah sentiasa dibekalkan dengan guru-guru yang secukupnya mengikut keperluan sekolah dua minggu sebelum sekolah dibuka.
- Memastikan surat penempatan guru dan pertukaran guru ke negeri atau daerah dapat diuruskan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh senarai guru diterima atau dari tarikh permohonan diluluskan.
- Memastikan urusan dan keputusan dilaksanakan secara integrity, telus, adil dan bertanggungjawab.
- Mengurus dan menyelesaikan masalah perjawatan dan perkhidmatan personel dari segi pelantikan, pengesahan, kemasukkan ke jawatan berpencen dan lain-lain dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan diisi.
- Memaklumkan kekosongan semua jawatan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan enam bulan sebelum tarikh persaraan kakitangan
- PENGURUSAN KEWANGAN
- Memastikan semua bil dan tuntutan diproses dan dibayar dengan segera tidak lewat dari 14 hari dari tarikh diterima dengan lengkap dan sempurna.
PENGURUSAN PEPERIKSAAN
- Memastikan setiap calon yang telah mendaftar dapat menduduki peperiksaan mengikut jadual dan prosedur yang ditetapkan.
- Memastikan semua urusan peperiksaan awam dilaksanakan tanpa cacat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan