Dialog Prestasi Bilangan 1/2020 - PPD Tanah Merah

Juang Untuk Juara | Biasakan Yang luar Biasa

Dialog Prestasi Bilangan 1/2020

Share This

Pada 4 Februari 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat SK batang Merbau, Pejabat Pendidikan Daerah Tanah Merah telah melaksanakan Bengkel Dialog Prestasi bersama 10 buah sekolah rendah di Daerah Tanah Merah. Dialog Prestasi Bilangan 1/2020 dipengerusikan oleh En. Razali Bin Kasim, Timbalan Perancangan, PPD Tanah Merah dan peserta adalah dari kalangan guru besar sekolah.

Pada sesi Dialog Prestasi kali ini sedikit pembaharuan dilaksanakan dengan memasukkan slot Perkongsian Amalan Terbaik oleh guru-guru cemerlang dan seterusnya yang berjaya meningkatkan prestasi sekolah. Mereka ini dikenali sebagai Guru Profesional. Sesi perkongsian pada hari ini melibat guru Bahasa Inggeris dan Matematik iaitu :

Cikgu Haji Zulkifli Bin Awang, 
Guru Matematik, 
SK Bechah Laut, Tanah Merah, Kelantan
klik untuk melihat video perkongsian

Cikgu Zawawi
Bahasa Inggeris (Penulisan)
SK Ladang Kerilla, Tanah Merah, Kelantan
klik untuk lihat video perkongsian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Menu