Majlis sambutan Pegawai Pendidikan Daerah Tanah Merah - PPD Tanah Merah

Juang Untuk Juara | Biasakan Yang luar Biasa

Majlis sambutan Pegawai Pendidikan Daerah Tanah Merah

Share This


5 Mac 2020 Pejabat Pendidikan Daerah Tanah Merah telah satu majlis sambutan Pegawai Pendidikan Daerah Tanah Merah yang baru iaitu Nik Muhamad Bin Nik Lib@Raja Talib bagi menggantikan Tn. Hj. Mashadi Bin Dato' Mustapha yang telah dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.

En. Nik Muhammad Bin Nik Lib@Raja Talib merupakan Pengetua di SMK Dato' Mahmud Paduka Raja 2. Beliau merupakan seorang pakar motivasi. Dengan segala pengalaman luas beliau sebagai pengetua dan pakar motivasi, didoakan agar beliau terus berjaya membawa kecemerlangan dalam memartabatkan pendidikan di Daerah Tanah Merah.

Warga PPD Tanah Merah, amat berbesar hati dan berterima kasih di atas pelantikan En. Nik Muhamad Bin Nik Lib@Raja Talib sebagai Pegawai Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah Tanah Merah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Menu